RSS

Monday, July 25, 2011

Bersalin dalam air (waterbirth).


Kaedah bersalin yang aku tahu hari ini. Memang first time dengar. Kebetulan aku baca Kosmo kisah isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air. Katanya bersalin di dalam air kurang sakit selain lebih semulajadi.

Tak puas hati aku google pasal bersalin dalam air ini. Aku cuba bayangkan sebenarnya macam mana bersalin dalam air ini. Macam mana baby nak keluar kalau dalam air? Tak lemas ke baby tu? Jom kita cari jawapannya.

Prosedur Bersalin

Proses persalinan water birth dilakukan di sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu agar bayi tidak terkejut saat keluar. Proses persalinan water birth memerlukan waktu kurang lebih 1-2 jam , jauh lebih cepat dibandingkan proses persalinan normal. Dalam proses melahirkan dalam air, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan.

Suami Turut Dalam Air

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.



Bayi Tidak Lemas

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelebihan

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

Bagi Ibu :

Mengurangi rasa sakit
Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
Lebih bebas bergerak
Mengurangi robekan pada jalan lahir

Bagi Bayi :
Mengurangi resiko trauma dan cedera pada kepala bayi
Kulit bayi lebih bersih
Mengurangi resiko bayi keracunan air ketuban

Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Info lanjut klik SINI.

Baru aku faham sekarang ini, rupa-rupanya ada kaedah alternatif untuk melahirkan anak. Terpulang pada ibu-ibu mengandung di luar sana nak guna kaedah yang mana. Bagi aku apa cara pun sakitnya tetap ada.:-)

8 comments:

Azham Vosovic said...

pernah baca kat Utusan beberapa minggu lepas.... huhuhu....

nur said...

A a.. Baru tau juge ada kat Malaysia ni..

Ira said...

mesti mahalkan kaedah ni? btl ckp zuri, apa cara pun bersalin, ramai mana pn ibu tu pernah lahirkan ank, sakitnya tetap ada dan tak sama. sbb ada sorang kakak tu, pregnant ank ke 8, dia ckp ada experience bape kali pun, sakit bersalin tu tetap sakit jgk. Tapi lama ngan tak tu, bahagian masing2 la kan.. kalau bersalin tu tak sakit, mgkn manusia xkn insaf n igt pengorbanan seorang ibu.

armouris said...

lagi info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit

- zuriey - said...

Azham Vosovic: oo..ada ke..tk baca lak
nur : sama la kita
Ira: mahal kot..setuju dgn ira
armouris: thank you

Fitrihadi said...

ouhh dulu pernah tengok satu filem orang asli amerika... dia lahirkan anak dalam perigi.. boleh rupanya.. ingatkan tak boleh..

ReD Linda said...

nk try la..tapi msti kosnya tinggi...

mac said...

lme da taw ni sbb my aunt last year branak mcm ni kt perth ...
skank ank die baby ag bole la bia lme skit dlm aer ..
breathing mcm ikan ...huhu
try la u guys !
gempak mcm angkawasan t :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.