RSS

Saturday, June 4, 2011

Uniknya majlis perkahwinan mereka.

Hari ini 2 majlis perkahwinan aku pergi. Biasalah time cuti sekolah memang ramai orang kahwin. Majlis yang aku hadiri ni memang unik sikit. Tak tahu lah korang pernah alami tak. Tapi aku baru first time tengok. Memang kreatif diorang ni.



Majlis pertama aku pergi keunikannya ialah menyediakan kuih telinga batak panas dari kuali. Betul, memang ada disediakan khemah khas untuk masak kuih tu. Rasa macam kat pasar malam pula. Tapi memang sedap kuih tu,rasa nak tapau bawa balik je.



Majlis yang kedua pula lagi banyak uniknya. Pertama datang-datang je siap ada kain di sediakan untuk kami tandatangan. Amboi macam pergi launch event hari tu rasanya. Apa lagi tenyehla kat kain tu.



Lepas tu, yang kedua siap ada carpet merah tau. Aduhai rasa macam datuk datin pula jalan atas karpet tu. Tetiba rasa glamour gitu. Dahsat tul.



Yang ketiga, siap disediakan pertandingan lagi tu. Siapa yang dapat tangkap gambar pengantin paling cun @ romantik akan diberikan hadiah. Aku pun apa lagi, snap la gambar pengantin sampai habis bateri kamera di buatnya. Tapi berbaloi sebab aku menang dan hadiahnya RM50. Ini gambar yang aku ambil.



Memang seronok pergi majlis diorang, lagi-lagi dapat jumpa kawan-kawan lama. Riuh rendah dibuatnya. Anyway tahniah buat kedua-dua pengantin, Shida dan pasangan n Zati dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

4 comments:

Ira said...

Mmg unik perkahwinan diaorg. Ira penah gak g majlis yg suh turunkan signature, tapi bkn atas kain. diaorg suh sign atas gmbr pengantin.

topan said...

heheheehheehe... unik ek? rasa macam biasa je... yg paling unik i pernah g, dia wat stail stall... semua makanan sedap2 ada... hehehehe.... ada stall cendol... stall kuih mueh.. stall nasi putih lauk kampung.. stall nasi beriani... stall abc.. stall masakan panas... sampai3 je umah pengantik masuk ikut karpet merah.. then tanda tangan untuk setiap tetamu hadir.. pengantin sanding atas stage dengan konsep perkahwinan di raja... grand giler!!! hahahahaha

Azham Vosovic said...

fuyyooo...mmg unik....berapa ribu la mereka habiskan utk perkahwinan tu kan?

akubiomed said...

Mungkin boleh dicadangkan majlis perkahwinan ada cabutan bertuah untuk yang hadir :-)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.