RSS

Friday, June 24, 2011

Review Movie: Sekali Lagi



Semalam aku pergi Pra Tonton filem Sekali Lagi. Thanks to Farra-Eng sudi ajak aku tengok sekali. Dia dapat banyak tiket semalam. Aku pun apa lagi on jela. Inilah first time aku pergi pratonton cerita Melayu. Kalau tidak cerita English je.

Sinopsis Sekali Lagi

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Arman(Sam) yang mengidap penyakit autisme. Penyakit ini di dapati selepas dia menjalani pembedahan turmo. Arman menjadi seperti kanak-kanak terencat akal. Semuanya di uruskan oleh ibunya,mandi, pakai dan makan.



Arman berjumpa dengan Amy (Mia Sara) yang menyelamatkan dia dari menjadi mangsa rompakan. Sejak itu Arman selalu berjumpa dan bermain dengan Amy. Ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani) selalu melarang Amy dari berjumpa dengan Arman.



Rupa-rupanya Arman merupakan bapa kepada Amy. Arman telah menceraikan Shiela kerana tidak mahu Shiela tahu akan penyakitnya. Dalam masa yang sama Shiela pula telah bertemu dengan Haris (Bront Palare) dan merancang untuk berkahwin.

Adakah Shiela akan meneruskan perkahwinannya dengan Haris atau menerima semula Arman setelah tahu cerita yang sebenar? Nak tahu jawapannya kena lah tengok di pawagam 30 Jun ini.

Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang dari 5 untuk cerita ini. Cerita ini memamg sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Penuh dengan komedi yang mencuit hati.

Nantikan entry yang seterusnya tentang sekitar majlis pratonton ini. Nak tahu sapa lagi artis yang datang untuk pratonton ini selain pelakon2 yang membintangi cerita ini? Kita bergosip di lain entry ye..Tunggu..

3 comments:

Solehah said...

menarik jugak sinopsis cerita ni.

Fitrihadi said...

Pelakon best2 je semua.. rasa pelik lak shaheizy sam jadi lurus bendul..

- zuriey - said...

Solehah:leh tahanlah
Fitrihadi: ok jesam bwa watak tu..kelakar tul tgk

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.