RSS

Friday, June 10, 2011

Review Movie: Dylan Dog : Dead of Night

Kali pertama dengar tajuk filem ini ingatkan cerita pasal anjing sebab ada dog tu.hehe. Rupa-rupanya bukan,Dylan Dog adalah nama hero citer ini.Citer ni genre seram tapi kelakar. Aku suka tengok hero dia memang hensome. Cair terus dibuatnya. Brandon Routh pelakon utama merangkap hero cerita ini, anyway dia pernah berlakon Superman Return sebelum ini.

Sinopsis Dylan Dog : Dead of Night

Mengisahkan sebuah kehidupan di mana manusia hidup bersama zombi dan vampire. Dalam cerita ini mereka yang mati boleh dihidupkan semula. Kisahnya bermula apabila berlaku pembunuhan di mana yang membunuhnya adalah makhluk yang tidak pernah di lihat (serigala jadian).

Dylan Dog adalah seorang penyiasat peribadi di mana telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan tersebut. Pada awalnya dia menolak tetapi menerima kes tersebut kerana bersangkutan dengan pembunuhan rakan baiknya sendiri, Marcus.

Bermula detik seram, cemas dan mendebarkan dalam penyiasatan Dylan. Nak tahu apa punca pembunuhan tersebut? Dapatkah Dylan menyelesaikannya? Itu kenalah saksikan sendiri.


Inilah hero yang dimaksudkan,nama watak Dylan Dog berdebar2 jantung bila tengok dia..hahahha


Ini kawan baik Dylan,iaitu Marcus yang telah mati dan bertukar menjadi zombi. Watak dia ni memang kelakar.



Keseluruhan aku bagi 3.5 dari 5 bintang untuk crita ini. Sebenarnya banyak persoalan selepas tengok, cerita ini cam kompleks sikit nak faham. Apa pun jangan lupa saksikan di pawagam sekarang, tapi di nasihatkan jangan bawa anak kecil takut tak boleh tidur malam pula budak tu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.