RSS

Sunday, June 19, 2011

Oreo Daddy Dunk with Aaron Aziz



Pagi tadi pergi kejap ofis nak settlekan kerja dulu. Nasib baik dapat balik awal. Aku memang dah plan dengan roomate aku nak jumpa Aaron Aziz a.k.a Seth Tan sempena hari bapa yang di adakan di One Utama New Wing. Lama aku tak pergi One Utama. Memang besar, nak mencari tempat event ini kena tanya kat kaunter informasi, kalau tidak memang sesat tak jumpa jawapnya.



Ramai juga orang datang ke event ini mungkin sebab tarikan Aaron Aziz. Kat sini dapat gak merasa oreo milk shake secara percuma. Boleh dapat cup Oreo dan t-shirt free dengan pembelian RM10 ke atas.




Berdebar menunggu kedatangan Aaron, apa lagi diri depan pentas lah nak ambil gambar dia. Aaron bawa sekali famili dia. Anak-anak Aaron memang comel. Geram je tengok rasa nak picit je pipi diorang.


Fulamak. Memang hensome Aaron ini. Bak kata kawan aku sama macam dalam TV. Badan dia memang tough. Muka licin gila kalah perempuan.



Siap ada pertandingan lagi. Ni acara minum susu paling banyak dalam masa seminit. Bersemangat anak-anak dan bapa-bapa ni munum susu. Nak tergelak rasanya bila tengok si bapa hisap susu dalam botol.


Tak sempurna lah datang event ini kalau tak bergambar dengan Aaron. Bersemangat aku beratur nak ambil gambar dengan Aaron. Takpelah bukan selalu dapat bergambar dengan Hot Papa ni.


Tak sangka dapat juga belon sebelum balik.hehe.. Aku ingat budak-budak je yang dapat. Berbaloi dapat juga aku jumpa dengan hero drama Nora Elena ini. Baru bergambar je dah kecoh..hehe

5 comments:

kak ina kl said...

kalau tak ada seth tan ni ramailah yang tak datang

hazman aka species1980 said...

yess.... Memang ramai gadis dan wanita beratur panjang time autograf tu kan...cuma kesian kat parent yg bawak baby....tempat tu agak panas ada yang menangis...

Ira said...

bestnye dpt gmbr ngan Aaron.. jeles hehe...

- zuriey - said...

kak ina kl: a;ah..salah satu faktor besar yang sebab org dtg
hazman aka species1980: yup..cian kat anak kecil. dtg gak ke semalam?hehe
Ira: peluh nak dapat amik gmbr dgn aaron

fikah mus said...

Wah, hensemnya Aaron!!
Anak-anak dia comel sebab ikut bapak hensem, mak cantik.
XD

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.