RSS

Friday, June 17, 2011

Minggu yang memenatkan


Lamanya aku tak update blog. Rindu betul rasanya. Tebal dah habuk ini.Memang aku tak bepeluang nak update blog. Minggu ini sibuk kena siapkan sistem untuk test nanti. Dah benda last minit, nak test tapi tak prepare apa memang tak tentu arah.

Niat nak update memang ada walaupun ketandusan idea. Tapi mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifemang masa tak mengizinkan. Aku balik dari rumah pun dah lambat. Sampai rumah memang cari bantal je la. Hari ini pun balik lmbat, nasib baik besok cuti. Cuti-cuti pun aku kena gak datang ofis besok. Mata ini memang tak larat je.

Walaupun tak sempat update tapi aku sempat buka akaun Nuffnang nak tengok statistik visitor. Alhamdulillah ada juga yang sudi datang walaupun takde entry baru. Takdelah merudum sangat angka statistik. Terima kasih ye semua.

Insyaallah lepas dah setel semua aku akan sentiasa update entry. Besok aku dapat treatment rambut percuma di Yun Nam, tak tahu dapat pergi tak. Kalau pergi nanti aku kongsikan kat korang apa yang bestnya Yun Nam tu. Oklah, see u later.Daaaa

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.