RSS

Thursday, May 26, 2011

Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah


Gempak gak berita ini. Boleh tahan ke Siti nanti. Jangan tak tahu penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.


Mereka akan menjalani latihan sebelum Ramadhan.Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Rajin juga diorang ni nak join Askar Wataniah. Kita tunggu pula nanti cerita bila Siti dah jalani latihan. Goodluck Siti.

1 comments:

irah said...

wow..tahniah ct....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.