RSS

Friday, May 27, 2011

Our World, Their War

Semua orang nak jadi hero, semua nak jadi penyelamat. Tapi terfikirkah kita kenapa si pemusnah tu jadi sebegitu. Mesti ada sebabkan. Takkan tiba2 jadi jahat. So kali ini aku nak merasa pula jadi orang jahat yang memusnahkan mereka yang membuatkan aku jadi jahat.HAHAHAH (gelak jahat).

Sebelum aku melalut dan korang tak faham apa yang aku tulis baik aku terang awal-awal dulu.Anyway ini adalah entry untuk contest memenangi tiket wayang Nuffnang Premiere Screening – Transformers 3: Dark of the Moon. So aku memilih menjadi Decepticons dan memusnahkan Autobots yang ada.

Bab musnah memusnah ni bukan payah nau kan.Berapa banyak dan berapa kuat je Autobots tu. Sebelum menyerang mereka aku akan pastikan jentera aku dah cukup bersedia. Badan kasi kalis air,kalis api, kalis bom dan macam2 kalis lah. Lepas tu sekali serang, bawa konco-konco dengan banyaknya tak kira lah saiz besar ke kecil ke. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.



Masa nak serang Autobots aku takkan serang semuanya di tempat sama. Aku akan pastikan konco-konco aku buat kacau di serata tempat dalam masa yang sama, kalau boleh waktu malam. Mana menang tangan si Autobot tu nak serang kitorang. Kitorang akan datang dari darat,udara dan juga laut. Rasakan penangan kami!!! Confirm kitorang akan menang.



Dah tentunya aku akan pilih Megatron untuk menjadi ketua dalam operasi menyerang bumi ini. Megatron lebih mengenali geng-geng Optimus Prime yang ada, tahu kelemahan diorang. Selain itu Megatron memang kuat dan susah untuk dihapuskan.

Panjang pula imaginasi aku ini. Oklah nanti jangan lupa saksikan Transformer di pawagam ye.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.