RSS

Thursday, May 12, 2011

Isu baling asid buat aku jadi takut


Sana sini sekarang duk bercerita pasal isu simbah asid ini. Apa kome tak tahu? Ceciter2. Moh awok citer.

"Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini."

credit to: hmetro

Seram sejuk bila aku baca. Iyolah dah sasaran dia wanita pas2 yang jalan seorang diri. Memang aku mempunyai ciri-ciri tersebut. Rumah aku dengan LRT memang lah dekat dalm 5-10 minit dah sampai(based on kelajuan). Tapi kena jalan di kawasan perumahan, sunyi juga kawasan tu. Rumah besar-besar je kat situ.

Aku terpaksa menggunakan alternatif lain. Pagi ini aku pergi ke LRT naik kereta. Aku bukan pe, malas je nak bawa kereta sebab nanti kena bayar parking. hehe..Jimat sikit kalau jalan kaki. Apa pun wanita diluar sana hati-hati ye lagi-lagi dengan penunggang motosikal ini. Malang memang tak berbau. Semoga penjenayah tersebut cepat-cepatlah kena tangkap polis.

3 comments:

Ira said...

Ish.. bahaya nye. Takpe la keluar duit skit, asalkan x jalan sorang2 kt kawasan sunyi. Cuma nk pesan, lock kereta dgn segala lock yang ada sblm tinggalkan kete kat parking ye.

Bro Framestone said...

apa sebenarnye yang mereka mahukan

sorang2 kena nie.. xde koje ke

- zuriey - said...

Bro Framestone : betul bro..apa motif dia ntah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.