RSS

Tuesday, May 24, 2011

Cuti Raya bertindih dengan Cuti Merdeka


Belum puasa lagi tapi dah sibuk nak bercerita pasal cuti Raya. Aku hanya menyampaikan sahaja ye info ini. Kalau kita tengok kalendar 1 Ramadhan berkemungkinan akan jatuh pada 1 Ogos. Ini bermakna kita akan menyambut Hari Raya pada 30 Ogos iaitu pada hari Selasa.

Hari Raya Kedua pula akan bertindih dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Kerajaan telah memutuskan bahawa 1 September akan dijadikan cuti peristiwa. Kiranya dapat extend 1 hari cuti sebab tindihnya Raya kedua dengan Merdeka Day.

Kalau Raya jatuh pada hari Rabu, maka Jumaat akan dijadikan cuti peristiwa. Faham tak apa aku terangkan ini. Kalau tak faham tengok kalendar confirm korang akan faham. Ini memang berita gembira buat aku. Untuk korang tak tahulah gembira ke tak. Jadi boleh jimat satu hari cuti tahunan nanti. Boleh plan dah cuti dari sekarang..hahaha

2 comments:

topan said...

cuti aje yang dia dok fikir... hurmmm

- zuriey - said...

topan: hehe..saja leh plan awal

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.