RSS

Sunday, May 29, 2011

Cikgu Shidah dilamar jadi pelakon


Cikgu Shidah akan melebarkan bidang kerjaya dari seorang guru kepada seorang pelakon. Dahsyat juga Cikgu Shidah ini. Cikgu Shidah sudah dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Cikgu Shida Cari Jodoh’ yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.

Difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu. Memang sesuai denganwatak Cikgu Shida ini. Cikgu Shidah dapat pegang watak utama tu, boleh kita tengok kehebatan Cikgu Shidah dalam bidang lakonan pula.

Inilah rezeki namanya. Daripada membuat miming muka di Youtube kini dah dilamar menjadi pelakon pula. Rasanya aku pun macam nak buat sesuatu yang pelik jugalah. Untung-untung boleh dapat jadi pelakon cam Cikgu Shidah. hahaha..Gila glamour pula aku ini. Semoga Cikgu Shidah berjaya dalam karier sebagai guru dan pelakon.

2 comments:

topan said...

semua dok cakap pasal dia... tapi aku xpernah tgk video dia... best ke??!!!

- zuriey - said...

topan : yeker..tengokla nanti..ada yang suka ada yg x..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.