RSS

Saturday, May 21, 2011

Al-Fatihah buat Seniwati Mahyon Ismail


Satu lagi bintang seni tanah air meninggalkan kita. Seniwati Mahyon Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Dikatakan arway meninggal disebabkan jangkitan berlaku di paru-paru.

Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga orang anaknya iaitu Dilla, 47,Fairuz, 45 dan Faizal 43.

Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak.Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwahyarhamah.

2 comments:

topan said...

Innalillah.... Setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya

- zuriey - said...

topan: ye..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.