RSS

Monday, April 11, 2011

Sangkar pelajar AF9 di Aeon AU2 Setiawangsa



Akhirnya dapat juga aku tengok rumah kaca yang digunakan oleh pelajar dan tenaga pengajar AF9 untuk sesi pembelajaran mereka (diari). Kecil sahaja rumah kaca tu. Apa lah perasaan diorang duduk dalam tu dengan dikerumuni orang di luar. Mesti rasa semacam je kena kurung dalam tu.

Masa aku datang ini diorang tengah belajar motivasi dengan Cikgu Fati. Kalau aku duk dalam tu confirm tak khusyuk nak belajar bila ada orang memerhati dari luar. Aku ada snap beberapa keping gambar diorang dalam rumah kaca tu tapi tak berapa clear. Yela orang pun ramai kerumun masa ini.










Pak Nil pun ada masa ini buat rakaman untuk Diari AF9. Mak aku memang minat Pak Nil, dia tak heran dengan budak AF tapi nampak je Pak Nil bukan main lagi. Korang kalau nak tengok budak2 AF ni belajar datanglah AEON AU2 Setiawangsa. Untung-untung Amy Search ada, mana tau boleh bergambar dengan dia.:-)

2 comments:

Encik Suami said...

tgk konsert minggu lepas..sume kene hantam ngn pengkritik.rase sgt boring tgk af terakhir nie.Igtkan sume pelajar yg terpilih mmg best2 n berbakat, tapi bila konsert pertama, dah teruk kene sembur ngn pengkritik.

jemput terjah new entry

(>.<) Bile Senin Menjelma (>.<)

- zuriey - said...

Encik Suami: besela first konsert memang kena hentam punya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.