RSS

Wednesday, April 6, 2011

Lat Kampung Boy The Musical


ALhamdulillah dapat 2 tiket free dari company untuk tonton teater Lat The Kampung Boy. Sangat teruja lagi-lagi tiket VIP. Fisrt time aku dapat tempat duduk kat stage bawah, betul mengadap pentas. Sebelum ini selalu dapat kat tingkat atas menjenguk-jenguk kepala aku kat bawah.

Istimewa teater pada hari Ahad 3 April lalu, Sultan Selangor telah datang mencemar duli. Selain itu Datuk Lat dan Mrs Hui yang sebenar juga datang menonton.Bertuah siapa yang datang menonton hari tersebut.

Overall teater ini best. Ada kelakarnya, sedihnya tapi kadang-kadang ada juga situasi yang membosankan (terasa ngantuk). Aku lebih suka tengok Cuci The Musikal2 berbanding Lat ini. Walau bagaimanapun syabas kepada semua pelakon dan mereka yang terlibat dengan teater Lat ini. Watak di jayakan dengan bagus, jalan cerita pun teratur.

Anyway Lat The Musikal ini menceritakan tentang kehidupan kartunis Lat dari kecil sehinggalah dewasa. Bagaimana susah payah Lat dalam mengejar cita-citanya menjadi kartunis profesional.Memang kagum dengan bakat dan kreativiti Lat dan semangatnya yang tidak mengenal putus asa.

Hari ini last pementasan teater Lat.Barisan pelakon yang menjayakan teater ini: Awie, Atilia, Jalil Hamid, Sandra Sodhy,Pushpa Narayan dll

Tak banyak sangat gambar yang diambil, lagipun takde sesi bergambar dengan pelakon. Sedih2. Punyalah excited tunggu saat itu tapi malangnya takde. Takdelah bergambar dengan poster2 yang ada jela.






Bersama pengarah muda dan yang hensome Hans Isaac dan pelakon


Inilah Datuk Lat dan Mrs Hew (rambut yang tinggi semacam)


Thanks Fara temankan tengok teater ini


5 comments:

Azueriena Norash said...

DULU TIME KECIT2...SUKER NENGOK KARTUN LAT NIE....SKG NIE..ANAK2 KITER NENGOK KARTUN DORAEMON LER PLAKKK..HUHUHU

Ira said...

Jeles2.. rugi x dpt tgk lg teater dgn tiket free.. mmg xde rezeki ira kot nk tgk teater :(

NICK IRFAN said...

cte dia sama mcm dalam tv jgk ke yg kartun tu?

farra_eng said...

apa sbnrnya nama cikgu dia tu...

lupa ooo

- zuriey - said...

Azueriena Norash : memang femes kartun lat ni dulu
Ira: takpe, ada rezki lain kali
NICK IRFAN: samalah cam dlm tv dn katun
farra_eng: rasanya mrs hew

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.