RSS

Wednesday, April 20, 2011

Kris Dayanti mengandung 4 bulan


Lambat pula aku buat entry pasal ini. Memang ramai dah tulis pasal ini, tapi tak kira aku nak tulis juga. Ini pendapat peribadi dari aku dengan isu ini. Baru je kahwin dah mengandung 4 bulan, memang terkejut kalau dengar sebenarnya.

Maknanya mereka ini dah terlanjur sebelum kahwin. Tapi KD bernasib baiklah sebab berita kehamilan ini tersebar selepas mereka dah kahwin. Cuba bayangkan kalau berita ini diketahui sebelum bernikah? Cuba bayangkan kalau mereka tak jadi nikah lepas tahu berita kehamilan ini? Lagi tebal lah muka kan, nak kena sorok perut tu.

Betul kata Wardina, artis bukan orang yang patut dijadikan role-model. Bila baca statement dari KD ini rasa dia cam tak bersalah je. Macam nak ubah topik pun ada juga.

“Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak,” katanya.


Tak kisah lah kita ini bekerja sebagai apa pun di atas bumi ini, tapi yang haram tetap haram ye. Dunia mungkin terlepas tapi akhirat belum tahu lagi..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.