RSS

Tuesday, April 12, 2011

Flaming Steamboat Danau Kota



Makan sampai muntah..hehe. Nak tahu kenapa aku cakap makan sampai muntah? Itulah dia kelebihan makan di Flaming Steamboat. Bayar RM25 satu kepala dan korang boleh ambil berapa banyak makanan yang korang nak. Make sure perut korang memang kosong dan lapar kalau nak makan kat sini. Baru rasa berpatutan RM25 tersebut.

Ini kali pertama aku pergi makan kat sini dan makan cara steamboat ini. Mula-mula memang rasa jakun sikit. Yela selalu kedai lain kita order dan diorang masak. Tapi ini kita ambil sendiri bahan mentah dan masaknya sendiri. Ambillah berapa banyak korang ambil bermula dari jam 5pm sehingga 12pm.


Kat sinilah semua makanan dan minuman disediakan. Self service la ye.


Ini antara seafood yang aku makan malam tu. Ini masuk round kedua, round pertama aku tak ambil pula gambar.



Masukkan aja semua bahan mentah dalam kuali ini, sekejap je dah masak. Ada dua kuah tomyam dan sup. Flaming Steamboat ada 2 cawangan, lagi satu ada di Sunway. Nak tahu detail mengenai Flaming Steamboat ini klik SINI.

2 comments:

Azueriena Norash said...

bestt2...kak azue x pernah sampai sini lagi...sebab susah nak parking...

- zuriey - said...

Azueriena Norash : betul tu..susah nak parking dahla kena bayar

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.