RSS

Wednesday, April 27, 2011

Baki PTPTN 0 selepas Ujrah..Betul ke ni?


Memang terkejut yang amat bila aku cek baki pinjaman aku kat EFES Ptptn. Aku memang apply untuk Ujrah dan memang telah diproses permohonan aku ini. So, selepas Ujrah baki pinjaman aku dah jadi 0. Pergh memang tak percaya. Korang ingat aku tipu eh, tak pecaya tengok print screen ini.




Bila tengok baki jadi 0, aku inform kat ofismate aku. Diorang pun jadi terperanjat gak. Biar betul ni. Baik hati betul PTPTN ini. Tak boleh jadi ini aku kena call PTPTN untuk mendapat lebih kepastian.

Selepas call tu, mula frust sebabnya selepas Ujrah memang baki akan jadi 0 di EFES tu. Diorang buat sistem yang baru. Kena cek baki yang baru kat tempat lain pula. Al-kisah..Baru lah tahu napa jadi 0.

Bila cek kat sistem baru dia, memang dah jadi kurang sikit baki pinjaman aku. Syukur jugalah, dianya kos pentadbiran pun kurang dari 40+ jadi bebelas je sebulan. So, sesiapa yang buat Ujrah tu jangan terkejut bila korang tengok baki pinjaman jadi 0 kat EFES. Memang semua peminjam akan dapat baki macam tu.

4 comments:

Jing Wen said...

"Bila cek kat sistem baru dia, memang dah jadi kurang sikit baki pinjaman aku. Syukur jugalah, dianya kos pentadbiran pun kurang dari 40+ jadi bebelas je sebulan. So, sesiapa yang buat Ujrah tu jangan terkejut bila korang tengok baki pinjaman jadi 0 kat EFES. Memang semua peminjam akan dapat baki macam tu"

Apakah sistem baru yang anda "check" untuk baki pinjaman baru selepas penyelarasan ke 1%?

Anonymous said...

SESAPE YG TELAH DILULUSKAN PERMOHONAN UJRAH BOLEH SEMAK KORANG PUNYE BAKI KAT http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp

KAT PENYATA MASIH BERBAKI TP KURANG LA DR DLU PUNYER..

Yumida said...

try gak klik web atas tu..kan kena reg dulu..nape yer no pin nyer asyik salah..padahal dh betul dh...awak nyer bt cmne?

daimpressive said...

Tahniah, at least tiada lagi hutang.

Ini suatu perkongsian

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html

Silalah jenguk.

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.