RSS

Thursday, March 10, 2011

[Review Movie]: Mars Needs Moms



Ini merupakan screening pertama yang aku dapat dari Nuffnang untuk tahun ini. Nak masuk 3 bulan aku tak dapat satu pun tiket wayang tapi berkat usaha dan tak berputus asa akhirnya tersangkut juga salah satu. Rasa nak melompat bila dapat tu. Ini juga movie 3d pertama yang aku tonton, jakunnya mengalahkan budak-budak. Baru tahu beza 3d dengan yang biasa.

Dah lama tak pergi aku tak tahu pula rules baru sebelum masuk pawagam. Memang tahu tapi tak terfikir akan diadakan sport cek. Kamera dan handfone memang dilarang bawa masuk. Kena bagi kat diorang untuk disimpan sebelum masuk pawagam. Macam nak masuk mana je semalam bila tengok alat pengimbas diorang.

Panjang lebar pula cerita, review tak lagi. Maklumlah lama tak pergi tengok wayang FREE.

Review Mars Needs Moms

Cerita ini mengisahkan usaha seorang anak dalam menyelamatkan ibunya yang di culik pergi ke Mars. Macam-macam halangan yang diterima si anak dan macam-macam jenis makluk yang dia jumpa. Cerita ini memang ada suka dan duka, kelakar dan hiba. Tapi yang tak bestnya perjalanan untuk menyelamatkan mak itu dilakukan pada waktu malam. So, memang kebanyakan scene gelap jelah. Dalam cerita ini juga korang akan kagum dengan gadget2 yang digunakan dalam watak tersebut. Memang canggih betul kalah Bumi.


Ibu yang membebel untuk kebaikan anaknya.


Makhluk Mars yang memerhatikan gerak geri manusia di bumi.


Saat-saat getir menyelamatkan si ibu

Overall aku bagi 3.5 bintang untuk cerita ini. Lepas tengok cerita ini, gerenti korang akan lebih menghargai ibu korang. Buatlah baik kepada mereka sementara mereka ada di depan mata. Dah takde besok jangan menyesal pula bila tak dapat say 'LOVE YOU MOM'. Cerita ini memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Selamat menonton.

2 comments:

nIsYa said...

sya lg la.langsung tak penah tgk wayang

- zuriey - said...

nIsYa: yeker..takpela beli je cd

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.