RSS

Tuesday, March 22, 2011

Rancangan Adik-adikku memang HEBAT



Korang pernah tgk tak rancangan Adik-adikku di TV1? Tak pernah? Rugilah..Rancangan ni ialah rancangan realiti mencungkil bakat kanak-kanak untuk menjadi seorang pemidato dan pendakwah. Semalam merupakan peringkat akhir bagi Adik-adikku musim kedua.

Kita bukan sahaja boleh melihat bakat besar si cilik ini malah kita boleh menambahkan ilmu dalam bidang agama. Memang banyak infomasi yang boleh diperolehi dari rancangan ini, sesuai untuk semua golongan terutama kanak-kanak.

Keputusan Akhir Program Realiti Adik-Adik Ku Musim ke-2 2011


Juara :Adik Muhammad Amirul Munir Azlin


Naib Juara :Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri


Ketiga :Adik Zaid Najmudin Zul Akmal

Saguhati:

* Adik Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
* Adik Siti Nur Alia Safri
* Adik Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin
* Adik Iffah Ahmad Hilmi

Kalau tak berkesempatan tengok semalam jangan risau rasanya ada ulangan nanti. Selalunya rancangan ni ke udara pada pukul 6.30 petang setiap hari. Selalu tengok rancangan hiburan je, kali ini hiburan juga tapi hiburan berbentuk agama sesuai dengan halwa telinga kita.

Harap program sebegini akan terus di adakan pada masa hadapan. Tahniah JAKIM dan TV1 dalam usaha menerbitkan rancangan yang berfaedah ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.