RSS

Tuesday, March 15, 2011

Pengharaman botol susu BPA berkuatkuasa 2012

Baru tahu mengenai perihal botol susu ini. Nasib baik aku tengok berita. Sejak dua menjak ni memang aku tak sempat nak update blog dek kerana ke'buzy'an di tempat kerja. Rupa-rupanya penggunaan botol ‘Bisphenol A’ (BPA) mengundang risiko tinggi dan tidak selamat buat bayi dan kanak-kanak.

Penjualan botol susu BPA akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Mac 2012. Dengarnya botol susu BPA ini akan digantikan dengan botol susu BPA-Free dimana harganya lebih mahal berbanding botol susu BPA biasa. Camne nak tahu botol susu BPA dan BPA-Free?BPA-Free adalah botol yang lebih lembut dan tak lutsinar sangat macam botol susu BPA.


Yang kiri BPA-Free, yang kanan BPA

Kalau kata tak mampu nak beli botol BPA-Free, boleh bagi anak-anak menyusu menggunakan cawan dan sudu. Takpun bagi sahaja susu ibu. Kalau tiada juga boleh je guna botol BPA tetapi kena ambil langkah berikut sebelum menggunakannya.

• Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
• Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
• Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
• Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan

Kemusykilannya kenapa tahun hadapan. Kenapa tak berkuat kuasa serta merta walhal dah tahu akan bahaya penggunaannya. Ibu bapa semua kena ambil action ye,botol susu BPA boleh membahayakan kesihatan anak-anak.

Sumber terperinci: superDuper

1 comments:

Hafriz Mohamad said...

Inilah hikmah..ibu prlu mnyusukan si anak dgn susu badan hingga 2 tahun..
sikit sbanyak bnde2 cmni dpt dielakkan..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.