RSS

Thursday, March 31, 2011

Need somebody to take care of me

Semalam aku tak sihat, demam, batuk dan selesema. Selalulah kalau demam mesti tiga penyakit serangkai ini. Aku mula-mula dah bersiap pergi ke ofis, dah naik lrt pun. Tapi sampai je kat KLCC aku dah rasa tak tahan nak pitam rasanya bila berhimpit ramai-ramai dalam tu. Terus keluar dan patah balik rumah.

Balik rumah je aku terus baring dan tidur. Memang semcam je rasa badan ni. Dahla sakit tekak badan pula lemah-lemah. Mula-mula ingat nak minta tolong roomate aku hantar kan ke klinik nak ambil MC dan ubat tapi tengok dia masih tidur lagi. So aku pun decide untuk berehat dulu. Bila dah ada tenaga baru aku ke klinik berhampiran.

Dah balik dari klinik tu memang kerja aku tidur jela. Tak boleh nak buat apa. Aku ada lah masak bubur tapi tak menjadi sebab aku leka baring. Tapi aku bedal jelah, tekak pun rasa lain je. Boleh la masuk 2,3 sudu bubur yg dah jadi nasi tu..huhu..



Time ni lah aku rasa perlu seseorang. Takde siapa nak jaga aku masa sakit. Kalau aku sakit kat kampung boleh parents aku jaga. Ini kat rumah sewa siapa je yang ada. Masing-masing dah keluar pergi kerja. Nak taknak kenalah pandai berdikari sendiri.

Hari ini even belum sihat sepenuhnya aku terpaksa menggagahkan diri pergi kerja. Yela MC dapat pun sehari je. Rasa nak EL mula-mula tapi tak sanggup pula bila pikir baru bulan 3. Takut terlebih dari kuota nanti kena pula tolak markah masa appraisal. Sampai sini jela, doa kan aku cepat sembuh ye..

3 comments:

K.zoe said...

cian zuri... tu la zuri, mane pakwe zuri nih.... kite doakan zuri cepat sihat yer... :)

NICK IRFAN said...

smoga cepat sembuh! amin...

- zuriey - said...

K.zoe: thanks farha
NICK IRFAN:amin

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.