RSS

Saturday, March 19, 2011

Man Juara Raja Lawak musim 5


Oho..bangga memang bangga..

Bangga? Kenapa pula? Macam aku pula yang menang Raja Lawak.He3

Macam ni juara Raja Lawak 5, Man ni kan ada kaitan dengan aku. Tak percaya? Mesti korang tak baca entry aku pasal Man ni sebelum ni. Takpelah aku repeat balik, kalau nak tahu Man ni kerja satu company dengan aku kat Pos Malaysia. Ha2 itupun nak kecoh. Tumpang sekaki rasa bangga tu..:-)

Nama je satu company tapi aku tak kenal pun dia sebelum ini. Yela kat POS ni ada berapa puluh ribu pekerja dan site. Kalau Man satu department aku mungkin aku kenal.

Udahla tu meh kita cakap pasal pertandingan Raja Lawak 5 ni. Tahniah di ucapkan kepada Man kerana berjaya bergelar juara sekali gus merangkul hadiah hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbagan Astro.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan RJ dan ketiga kumpulan Balas masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000, barangan elektrik serta trofi.

Salute sama Man, 5 tahun berturut-turut mencuba nasib di audition Raja Lawak akhirnya usahanya membuahkan hasil. Lepas ni Man boleh jadi duta Pos Malaysia pula..hehe

P/S: CEO taknak bagi cuti pada staff pos ke Man dah menang ni..heheheh

2 comments:

NICK IRFAN said...

man mmg layak menang! tahniah!

- zuriey - said...

NICK IRFAN: ye..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.