RSS

Monday, March 28, 2011

Lama tak pekena ikan bakar Umbai

Salah satu tempat makan yang glamour di Melaka, Medan Ikan Bakar Umbai. Aku ni nama je orang Melaka tapi bukan selalu pun pergi makan sana. Lagi pun nak pergi makan sana kena ada budget dan cepat. Orang memang ramai oo..Tak kira masa. Nama pun tempat femeskan.Tak tahu lah Jalan-jalan Cari Makan dah pergi terjah tempat ni ke belum. Kalau belum rasa nak pergi cadangkan lah..Boleh masuk TV nanti..hehe


Udang Goreng Tepung


Ikan siakap masak masam manis


Kangkong Goreng Belacan


Lala masak 3 rasa


Ikan pari masak sambal.

Memang kekenyang selepas dapat santapan di atas. Sedap hingga menjilat jari. Harga dia pun murah juga. Semua sekali kena RM122. Boleh tahan dengan hidangan dan air yang sedap untuk 4 orang makan.Nak tahu apa yang aku mkn sampai kena RM122 tu: Ikan pari 2 ekor, udang gorang tepung, sotong goreng tepun, ikan siakap sebelah bakar dan sebelah lagi masak masam manis, sayur kangkung, lala, nasi lemak 6 bungkus, jelly kelapa 3, dan fresh orange 4.

Kalau datang Melaka singgah lah ke Medan Bakar Umbai. Memang terbaik dari ladang! Walla..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.