RSS

Thursday, March 17, 2011

Garam/Iodin boleh mencegah dari ancaman radiasi


Takziah buat pemimpin dan penduduk Jepun yang dilanda musibah tsunami. Belum selesai kerja-kerja menyelamatkan mangsa, Jepun dikejutkan dengan berita kebocoran loji nucklearnya. Bertambah parah lagi apabila sekarang ni sebahagian tempat di Jepun dilanda 'tsunami' salji menyebabkan aktiviti menyelamat bertambah sukar.

Sejak bencana berlaku, ramai pelancong berpusu-pusu meninggalkan Jepun. Bekalan makanan pula semakin berkurangan, ramai penduduk yang hidup sehelai sepinggan. Kesian sungguh mereka ditimpa masalah bertubi-tubi.

Sehubungan dengan kes radiasi yang teruk di Jepun, China pula telah mengambil langkah berjaga-jaga. Walaupun kes radiasi belum merebak ke China, tetapi China telah membuat kajian cara untuk mengelak dari ancaman tersebut.


Garam atau Iodin di dapati boleh menjadi bahan pencegahan radiasi. Penduduk China tanpa berlengah telah mengunjungi pasaraya untuk membeli garam walaupun harganya meningkat hingga ke 5 kali ganda. Itulah namanya mencegah lebih baik dari mengubati.

Apa pun semoga aktiviti menyelamat mangsa tsunami di Jepun dapat dilakukan dengan segera. Manakala ancaman radiasi di harap dapat juga di atasi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.