RSS

Wednesday, March 2, 2011

Bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac


Pengumuman!

Berita baik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk membayar saman, jangan risau anda masih boleh melangsaikan saman tersebut. Tersenyum lebar mereka yang berkenaan ye. Alhamdulillah aku bersih dari saman. Ceh konon baik sangatla tu, cuma belum terkantoi jer.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. Selepas 10 Mac, mereka yang tidak melunaskan saman akan di senarai hitam.

Bolehlah bayar saman di balai berhampiran atau pun di pejabat pos berhampiran. Kalau tak silap aku bayaran di pejabat pos tak dikenakan cas. Apa lagi jangan tunggu saat akhir, jelaskan saman anda dengan segera.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.