RSS

Monday, March 7, 2011

Tune Talk Mobile Prepaid- Inilah PREPAID

Sticky Entry..Scroll down for new entry

Banyak Telco yang menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pengguna sekarang ni. Ada sahaja promosi yang dilakukan untuk membuatkan pengguna setia dengan Telco tersebut. Adakah Telco yang ada dan yang anda gunakan menyediakan perkhidmatan dan tawaran yang bagus? Kalau tidak, jangan risau Tune Talk Mobile Prepaid menyediakan pelbagai keistimewaan buat anda.

Kenapa Pilih TUNETALK?
Kadar untuk Tune Talk Mobile Prepaid servis (Kadar Rata Terendah di Seluruh Negara)
- 16 sen/min setiap panggilan
- 5 sen/SMS
- 5 sen/MB data

- Satu-satunya Telco yang menawarkan perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi PA yang ditaja jamin oleh Etiqa bernilai RM100,000 secara PERCUMA. Tidak perlu bayaran tambahan hanya topup RM30 setiap bulan untuk layak.

- Satu-satunya Telco yang menawarkan tiket penerbangan Air Asia dengan PERCUMA! Hanya topup, kumpul Tune Talk Point dan terbang ke mana-mana destinasi pilihan anda. Mata ganjaran ini tidak mempunyai luput.

- Satu-satunya Telco yang membolehkan anda menukar nombor bila-bila masa, di mana-mana tempat tanpa memerlukan kad SIM baru. Anda hanya perlukan akses internet sahaja.

- Satu-satunya Telco yang menyediakan jangka masa tempoh sah yang paling panjang. Topup RM30 untuk 50 hari, RM50 untuk 75 hari.

- Nikmati kadar panggilan dan SMS TERENDAH ke SEMUA RANGKAIAN pada BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA ke SELURUH NEGARA dengan Tune Talk!

Aku memang dah rasa menggunakan Tune Talk Mobile Prepaid ni. Satu sahaja yang boleh aku kata memang berbaloi-baloi. Memang lain berbanding Telco yang lain yang aku pernah guna. Cakap lama pun takpe, rasa cam tak terjejas pun kredit. Berapa orang dah aku telefon dengan berbekalkan topup kredit RM50 tapi sehingga kini masih banyak lagi baki dalam akaun. Bergayut lama tu bukan 2,3 saat atau minit je.

Yang best lagi kalau sms atau telefon ke mana-mana telco lain memang jimat. Semuanya sama harga. Memang tiada Telco lain yang sediakan perkhidmatan yang jimat ini selain Tune Talk. Inilah PREPAID yang sebenar.

Nak daftar pun senang sahaja, boleh pula pilih 4 digit terakhir yang kita nak. Tapi aku tak berapa suka bila semuanya kena online. Kesian pula pada mereka yang tiada internet. Masa aku register hari tue ambil masa juga sebab kena bagi salinan ic kita ke email customer servis mereka. Yela nak kena scan ic dulu then baru boleh hantar, agak menyusahkan juga.

Biasalah mana ada servis yang sempurna segalanya. Yang penting Tune Talk Mobile Prepaid ni memang yang terbaik dan sesuai sangat dengan orang yang jimat macam aku. Apa tunggu lagi dengan hanya RM5 anda boleh mendapatkan Tune Talk.

12 comments:

nisyA said...

lebih byk persaingan,lbh byk la promosi hebat kn? :)

T Shirt Printing said...

Terima kasih atas informasi ini, amat menarik sekali. =)

Heidi Shafiq said...

menarik.. :)

mie said...

wow!!
seronok bila ada promosi..
eheheee

- zuriey - said...

nisyA: yer..semua nak untung
T Shirt Printing : sama2
Heidi Shafiq : thank you
mie: siapa la yang tak suka promosi

NICK IRFAN said...

tune talk! wah!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

hujung hujung telko juga yang kenyang dan kaya

kak ina kl (1) said...

wah macam best ajer..rugi tak ambil kesempatan ..rugi betul rasanya

- zuriey - said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o: of coz..itulah yang diorang nak
kak ina kl (1): best kak..takpe banyak lagi peluang yang ada

miss lolly a.k.a luvfareda said...

jurucakap tunetalk ke ni ? keh keh

- zuriey - said...

miss lolly a.k.a luvfareda: belum sampai tahap tu lagi

Bro Fit said...

tunetalk bagi insuran kemalangan?? boleh ke macam tu?? wahh hebat gak..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.