RSS

Sunday, February 6, 2011

Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger



Baru menjadi member Sahabat Blogger (SB) di Facebook. Ramai juga member SB ni. Tengok gaya diorang macam dah kenal antara satu sama lain. Yelah hari tue ada gathering SB tapi aku tak join sebab belum berdaftar lagi. Mana-mana blogger yang belum join SB apa tunggu lagi, moh meramaikan forum.

Terus terang aku bagi tahu 2,3 hari ini memang aku ketandusan idea untuk update blog. Traffik aku pun telah jatuh menjunam. Waduh pusing kepala gua. Thanks to admin SB menganjurkan Slot Mingguan Blogger Pilihan. Aku taknak lepaskan peluang ni. Boleh promosikan blog ni, agak lama berdebu. Korang kalau nak join pun boleh, jangan malu-malu. Nanti boleh jadi artis undangan kat laman Sahabat Blogger.

Mari aku kenalkan diri aku dulu. Orang panggil aku Zuriey, sebab aku yang suruh panggil dengan nama tu. URL blog aku ni dipilih kerana nama aku lah. Senang orang nak ingat dan nak kenal nanti. Aku baru setahun berkecimpung dalam dunia blog ni. Bak kata orang, baru setahun jagung. Banyak yang perlu aku pelajari dan perbaiki lagi.

Aku sebenarnya secara tak langsung terlibat dengan blog ni. Tiada siapa yang ajak. Cuma aku sendiri nak explore sebab abang ipar aku banyak tanya pasal blog padahal aku sendiri tak reti masa tu.Jadi sedikit demi sedikit aku belajar perihal dunia blog ni. Aku harap aku juga boleh menjadi seperti RedMummy satu hari nanti.

Cukup setakat ini. Nantikan kemuculan aku sebagai blogger pilihan di Sahabat Blogger nanti. Teruja rasanya, macam artis gitu.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

nur said...

GOOD LUCK ZURIEY..
Jemput ke:ALL IN ONE

NICK IRFAN said...

sahabat blogger? mcm menarik je nk join jgk la..

- zuriey - said...

nur:thanks
NICK IRFAN: jom join..meriahkan lagi

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.