RSS

Monday, February 14, 2011

Program Mentor platform peminat bertemu artis pujaan hati


Semalam dah start Mentor 5 tapi dalam peringkat ujibakat. Memang pelbagai ragam dan aksi peserta-peserta ni. Tak boleh tahan aku tengok, rasa nak gelak guling je. Diorang ni memang berani betul. Muka selamber je, peduli apa kata orang kan.

Secara keseluruhan aku tengok memang ramai juga yang datang tapi tak bersedia. Tanya nak pilih mentor mana pun tak tahu. Edry Halim jadi Eddi Hamid. Rahim Maarof pula lagi lah macam-macam nama pelik yang diorang keluarkan. Sabar jelah..Ajai sebagai penasihat ketawa berdekah-dekah dengan diorang ni.



Yang paling best, ramai juga yang datang bukan sebab nak masuk Mentor pun tapi nak jumpa artis pujaan diorang. Ada yang nak jadi makeup artis Mentor tersebut. Bagi diorang tak terpilih pun takpe janji dapat jumpa artis kegemaran diorang. Yela, bila lagi nak bersemu muka dengan diorang kan.

Kelakar betul tengok sesi uji bakat tu. Kalau stress rasa hilang terus stress tue. Pada yang berjaya masuk Mentor5 congrates to you all. Yang tak dapat masuk, congrates juga kerana berani tampil ke depan tunjukkan bakat korang.

P/S: tak sabar aku nak tengok ujibakat untuk minggu depannya.apa lagilah ragam diorang ni..ahahahha

2 comments:

darkbatman said...

aie ingatkan y pi 2 cume nk audition..ade gak y nk jd make up artist..hehe

- zuriey - said...

darkbatman: 2la..macam2 diorang ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.