RSS

Thursday, February 17, 2011

Peringatan buat mereka yang sukar gemuk termasuk aku


Ada orang nak gemuk tapi susah nak naik berat badan,
Ada orang nak kurus tapi susah pula nak turun berat badan,
Ada juga orang yang senang untuk menaik atau murunkan berat.

So, korang yang mana satu, no1 ke no2 atau no3? Salute lah kalau korang no3, boleh berubah ikut keadaan susah nak buat tu.

Sini aku nak kongsi sikit panduan dan peringat buat mereka yang kecil molek,yang kurus dan susah nak gemuk atau naikkan berat badan sebiji macam aku..hehehe

Kalau orang kurus selalu kena gelar macam papan lah, macam tiang lah, macam lidi lah dan sewaktu dengannya. Kalau macam aku pula,bila lama tak jumpa kawan selalu diorang akan cakap 'Kurusnya ko, takmakan ke?' Padahal aku dulu, kini dan selamanya maintain slim macam tu. Tapi yang best orang kurus ni nampak muda dari usianya. Bila orang tanya umur aku diorang semua macam tak percaya, awet muda katakan ..hehehe(angkat bakul sendiri)

Selalunya orang yang susah nak naik berat badan disebabkan faktor genetik ektomorf, kadar metabolisma yang tinggi serta gaya hidup.Keadaan genetik pemilik bentuk badan ektomorf tidak dapat diubah sebaliknya boleh dibantu dengan meningkatkan pertumbuhan otot.Perkara utama yang diambil kira dalam membentuk otot badan adalah pemilihan jenis dan kuantiti makanan yang betul, aktiviti kecergasan dan makanan suplemen.Sama ada seseorang itu ingin menambah atau mengurangkan berat badan, kita perlu makan di antara lima hingga enam hidangan sehari yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.


Tapi tak boleh bergantung kepada makan suplemen je sebab tu hanya sebagai perangsang pembentukan otot. Paling penting kita kena selalu pergi ke jim bina otot tapi kena secara berterusan untuk menambah berat badan.

Lagi satu kena ingat orang kurus tak boleh makan apa sahaja dengan banyak sebab nak tambah berat badan kerana boleh menyebabkan kandungan lemak dalaman bertambah dan ia membahayakan kesihatan.

Panjang pula entry kali ni, so pada yang kurus dan nak naikkan berat badan selalulah ke jim ye. Aku ni nasihat kan orang bukan main aku sendiri pun tak buat. Yela bila masa aku nak ke jim, nak masuk jim pun kena ada duit kan. Itulah masalahnya..hehehe

4 comments:

NICK IRFAN said...

sy x gemuk x kurus dan berat bdan pun x naik x kurang? peliknyer...

Bro Fit said...

saya gemuk.. takde cara lain ke nak kurus selain bersenam??hehehe *malas

- Fitrihadi.com -

- zuriey - said...

NICK IRFAN : lagi bagus..takyah risau sgt..
Bro Fit: nk kurus? nanti saya cari

miss minn said...

Huh, kiter ni senang pulak nak gemukk...makan sikit naik jugakkk...huhu :'(

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.