RSS

Saturday, February 26, 2011

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan



Salah ker bila seseorang meluahkan perasaan di dalam blog? Salah ker seseorang meluahkan perasaan di Facebook? Bagi aku menulis adalah salah satu cara kita melepaskan yang terbuku di hati.Itu kan hak peribadi masing-masing. Kadang-kadang apa yang kita tulis kita tak maksud kan apa-apa dan kadang-kadang kita menulis kerana kita tidak berpuas hati dengan sesuatu.

Krisis demi krisis yang dihadapi. Memang aku akui aku salah kerana tidak mengikut etika kerja yang ada, berfacebook dan blog semasa bekerja. Tapi tahukah kenapa aku buat begitu? Kerana KERJA. Kalau aku diberi tugasan tentu aku tidak berkesempatan untuk membuka Facebook atau Blog. Kalau sehari boleh tahan lagi, ini hari-hari. Buat benda yang sama pula tu setiap hari. Skil langsung tak bertambah, peluang asyik diberikan kepada orang lain. Rasa tak boleh letak pun experience kerja aku di resume.



Situasi di pejabat yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Memang tercalar betul hati aku ini. Banyak cara teguran yang ada, kenapa perlu menengking dan marah tak tentu hala. Susah aku nak terangkan kat korang. Nanti karang orang kata aku balik, ngumpat lah mengata lah. Serabut kepala otak aku ini.

Aku sebenarnya tak tahu macam mana hari-hari kerja aku selepas ni. Terus terang memang aku dah rasa tak selesa nak duduk kat ofis lagi. Rasa macam aku lah orang yang paling jahat disitu, sampai ada orang yang tak sanggup nak tengok muka aku lagi. PERGHH!! Sampai sebegitu sekali, memang hancur luluh hati aku.

Peduli apa orang nak cakap, yang penting aku tetap aku. Terima kasih kerana menegur tapi aku tak suka dengan cara tegurannya. Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan walau alim mana pun orang tu. Belajar dari kesilapan, kesilapan mengajar kita lebih dewasa dan mematangkan fikiran.

2 comments:

AZRUL AZMI said...

yup, betul...

apa kata kita sendiri yang berubah... mungkin saya tidak berada di tempat anda... dan sudah tentu kita berdua ini berbeza pendapat... apa yang penting bila kita rasa kita paling jahat adalah dengan menidakkannya kembali apa yang dikata... buktikan kepada orang lain, " i'm not that kind of person"... kalu org nak buat apa pun lepas tu kat kita... biar je.. sebab kita tahu apa yan kita buat... dan semestinya kita harus berada di tempat yanng betul....

- zuriey - said...

AZRUL AZMI: thanks for ur advice..appreciate it

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.