RSS

Thursday, February 10, 2011

Man Raja Lawak 5 satu company aku rupanya.


Aku memang tak layan Raja Lawak. Bukan tak suka tapi takde astro kat rumah macam mana nak layan. Anyway balik kampung hari tu sempat juga tengok bakat peserta Raja Lawak Musim 5 ni. Sebenarnya ada seorang peserta Raja Lawak satu company aku. Aku tahu pun dari majalah company, siap promote suruh mengundi.

Tengok persembahan Man minggu lepas not bad juga lah. Tapi famili aku suka masa minggu tiru gaya artis. Man tiru Eric Leong kalau tak silap, menjadi diorang kata. Diorang la kata aku tak kata apa sebab tak tengok. Tahniah lah pada Man sebab 5 tahun berturut-turut pergi ujibakat Raja Lawak akhirnya terpilih juga.



Dalam banyak-banyak peserta selain menyokong teman sekerja aku Man, aku suka gak dengan Nazmi ni. Gaya dia selamber, main belasah je. Asik tak ingat je kerjanya tapi ayat paling aku suka dari dia.."SAYANG, KO TIPU-TIPU AKU LAGI"..Dengan nada dan cara penyampaian dia memang kelakarlah. Rasa dia boleh ke depan lagi.

Goodluck pada semua peserta..Korang undi lah kalau berkenan di hati..hehehe

5 comments:

Bro Framestone said...

kalau bro join.. zuriey nk undi x

gEe said...

yg tiru gaya artis tu, man mcm ambil idea syah raja lawak 2 je. yg bezanya artis yg die tiru. syah tiru nordin ahmad ngan nasir bilal khan, man tiru eric leong ngan nasir jgk..

- zuriey - said...

Bro Framestone: tak kot..hahaha..
gEe: yeker..tak sure lah.

akuzle said...

man neh kira otai dlm g odisen RL... dier g odisen sama ngan akak iaitu masa kt the mall tp kitorg x jmpa..maybe dier g ari ahad, akak g ari sabtu... man neh ketua pos kots tp tatau KP mana... dier plaks rajin balas komen2 dkt fb...

Anonymous said...

Untuk tengok man tiru shah raja lawak sila ke link ini, saya jumpa..

http://www.malaysiasensasi.net/2011/01/ada-apa-dengan-man-raja-lawak.html

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.