RSS

Friday, February 18, 2011

Kena ngorat dengan mat saleh..Phewitt

Dah lama betul aku tak kena ngorat.hehe.. Sekali semalam dapat mesej kat fb dari seorang mat saleh (bukan lelaki nama Mat bin Salleh ye). Tak percaya? Aku lagi tak percaya, mimpi apa mat saleh ni ngorat aku. Aku rasa cam ada udang di sebalik batu. Meh aku tunjukkan buktinya.



Nama mat saleh ni Raymond Walter. Ayat dia tulis memang buat aku terbang di awang-awangan. Dasar lelaki kan tak kira lah apa bangsa, memang pandai berkata-kata. Yang paling tak tahan tue, belum pape nak serius relationship. Gila ke apa? Kan ramai minah saleh kat luar tu, ngorat jela.Aku bukan kenal dia pun.

Aku dah mula terbayang macam mana lah aku couple dengan mat saleh. Dahla tinggi dan besar. Mesti macam anak dengan bapa. Lagi satu confirm selalu miscommunication sebabnya aku ni bukan pandai sangat speaking London ni. Memang berhabuk la nanti.

Apa pendapat korang terhadap mat saleh ni. Aku rasa dia ni main-main jer. Bukan boleh percaya pun. Sekali sindiket apa-apa ke kan. Nanti korang bagi pendapat kat komen ye..Thank you

5 comments:

::NelyLeyana:: said...

try la kenal2...

bkan tok kapel tp tok tukar2 pandangan, leh blaja bahasa london skali

Seksi Bani said...

salam zuriey..

nicE! tapi aku rasa bukan mat salleh tu yg tullis tu.. byk sgt kesilapan grammar dalam ayat tu..

hati2 sblm bagi alamat email... :D

Lina said...

wahhh kene ngorat dgn mat saleh...hensem gak ek hehe

antudegil said...

silap2 nanti jadi kes yang tgh hangat skrg ni. jadi keldai dadah je. hik hik hik

Entri Terkini : Aku Dan Dilusi Yang Celaka

- zuriey - said...

::NelyLeyana::: tak moh takut
Seksi Bani : a'ah tak hantar pun email
Lina: penipu je ni..entah gambar siapa lah tu
antudegil: betul gak tu..bahaya2

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.