RSS

Monday, February 28, 2011

Kahwin di dewan atau rumah



Delay 2 hari sebenarnya nak post entry ni. My ofismate wedding yang berlangsung Sabtu 26 Februari 2011 di Dewan Teratai MBSA Seksyen 19 Shah Alam. Ini kira my first time pergi wedding yang berlangsung di dewan. Baru aku dapat merasai feel perkahwinan di dewan. Memang berbeza dengan yang berlangsung di rumah.

Tak dinafikan dulu aku memang mengimpikan perkahwinan di dewan. Yelah kalau tengok wedding dalam tv yang buat kat dewan nampak cam best jer. Tapi aku lupa pula yang masuk tv tue semuanya di taja, anak datuk, artis dan dive-diva jer. Memang nampak gah dan meriah wedding diorang. Rasanya terpaksa cancel angan-angan aku nak kahwin kat dewan sebab feel dia lain macam jer..hehehe



Masa aku masuk dewan je terus mata tertumpu kat pelamin, pengantin tengah sibuk bergambar. Cantik pelamin, pengantin pun cantik juga. Baju pengantin memang berkilat, silau mata aku memandang.



Tahniah kepada kedua mempelai, Norsad dan Khairul. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat zuriat.hehe..Bukan zuriati tau..


My friend dan husband yang turut hadir. Ini pun pengantin baru juga. Baru beberapa bulan kahwin tapi dah berisi, alhamdulillah. Tengok muka kawan aku senyum bukan main sebab besday dia masa wedding member aku ini. Happy Birthday again to Ira, semoga murah rezki dan panjang umur..:-)

2 comments:

Ibnu K said...

Sebenarnya bergantung pada kewangan masing-masing kot.. Ada duit kahwin kat dewan lah elok.. tak ada duit.. duk umah diam-diam sudah... Hahaha..

- zuriey - said...

Ibnu K: yeker..kalau buat kat hotel lain kot rasanya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.