RSS

Wednesday, February 9, 2011

Imam Muda Musim Kedua [Tarikh dan Tempat Ujibakat]



Program Imam Muda terus mengorak langkah memasuki musim kedua. Nampak gaya musim kedua ni semakin mendapat sambutan. Yela, baru nampak hala tuju program ni. Alhamdulillah memang program yang baik macam ni perlu diteruskan. Banyak ilmu yang peserta dan penonton boleh perolehi. Kepada yang berminat ingin menyertai program ini ujibakat sedang dijalankan. Jangan lepaskan peluang baik ini.

Pendaftaran dibuka dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.

19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kriteria Imam Muda
1. Lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu
2. Boleh menguasai lebih dari satu bahasa
3. Berusia di antara 18 hingga 27 tahun
4. Sihat tubuh badan.
5. Boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim
6. Mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam dan hal ehwal semasa.

Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R.

Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 1 April 2011.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.