RSS

Wednesday, February 9, 2011

Hari Terbuka Finas 2011 - [boleh layan movie FREE,jumpa ARTIS]



Aku ni memang pantang dengar perkataan FREE ni. Memang terus aku teruja. Baca mStar pasal Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini, dan-dan aku search website Finas sebab nak tahu Dataran Finas kat mana. Then benda lain aku jumpa pasal Hari Terbuka Finas 2011 pula.

Menarik ni, apa lagi aku tengoklah aktiviti yang akan diadakan dua hari tu nanti. Macam-macam ada, boleh tengok filem free, boleh jumpa dan bergambar dengan artis dan siapa yang ada bakat lakonan dan pengacara yang terpendam boleh join ujibakat kat sana nanti.

Nak tahu apa aktiviti yang akan diadakan pada Hari Terbuka Finas 2011, korang boleh terjah web FINAS ini. Yang paling best hari Jumaat ada tayangan FREE filem khurafat, hari sabtu pula filem Hantu Kak Limah dan hari Ahad cerita Ngangkung dengan Janin. Semua filem yang baru keluar kat pawagam. Siapa nak pergi nanti roger la aku, boleh pergi sama.

P/S: Hari Sabtu ada sesi bergambar dengan Intan Ladyana, Zizan Raja Lawak dengan Scha Al-yahya..Bestnya boleh jumpa Zizan..huhu

3 comments:

Azueriena Norash said...

alamakk azue xder kat kl plak time niee...rugisss2

NICK IRFAN said...

ada makan free sy pasti join pnya.. hehe

- zuriey - said...

Azueriena Norash :yeker..takpelah ada lagi next time rasanya
NICK IRFAN: makan free tue tak sure lah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.