RSS

Friday, February 11, 2011

Awas jerat Hari Valentine


Rasanya tak lama lagi akan tiba Hari Valentine(Hari Kekasih). Ada pasangan yang menunggu kehadiran hari ini tapi AWAS kepada umat Islam ini bukan perayaan kita. Sambutan Hari Valentine memang bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana sambutannya mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat.

Setiap tahun bila tiba Hari Valentine memang banyak pasangan kekasih yang ditangkap melakukan maksiat. Pada hari itulah ramai yang akan terlanjur sebab nak buktikan cinta dan kesetiaan mereka,lepas tu bila dapat anak di buang merata-rata. Cetek sungguh pemikiran mereka ni. Ingatlah kalau betul pasangan korang sayang dan cinta kat korang, dia tak akan berbuat demikian. Malah dia akan jaga maruah korang, tak berani nak sentuh.



Bukan ini konsep sayang yang dituntut dalam Islam. Islam tidak menghalang kita untuk berkasih sayang tapi perlulah berlandaskan hukum dan syariah. Kalau rasa nak buktikan sangat cinta tu, masuklah meminang cepat. Baru rasa nikmat kasih, sayang dan cinta tu.

Panjang lebar pula aku tazkirah kali ini. Bukan apa ini sekadar peringatan bagi aku dan mereka diluar sana. Jangan hanyut dibuai asmara..Daripada sambut Valentine baik banyakkan berzikir. Jangan lupa 15 Februari nanti Maulidur Rasul,sama-sama kita hayati pengorbanan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

4 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Say No to velentin0 =)

NICK IRFAN said...

selamat sy xde gf jd mmg x smbut pnye kalau ada gf pun xkn sambut jgk? eh! hehehe

Anonymous said...

Salam, semoga remaja Islam seluruh Malaysia akan berhenti menyambut perayaan yang tidak berfaedah ini...

- zuriey - said...

miss lolly a.k.a luvfareda :setuju
NICK IRFAN : yeker takde.,takpe muda lagi..ada hikmah xde agaknya..hheehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.