RSS

Wednesday, February 9, 2011

Awal-awal dah letak harga RM20,000


Umur 25 tahun memang target kebanyakan wanita untuk berkahwin termasuklah aku. Ramai member aku yang sudah tunang dan kahwin. Ada yang kahwin dengan member sebaya kat sekolah, ada kahwin dengan senior kat sekolah. Macam tak percaya je dah sampai masa untuk mendirikan rumah tangga. Rasa macam budak sekolah je lagi. Cepat betul masa berlalu.

Nak cerita kisah aku berkenaan kahwin ni. Aku belum tunang lagi, kahwin lagi lah belum. Apa yang aku nak cerita kalau belum kahwin? Dipendekkan cerita minggu lepas ayah aku telah membawa rombongan meminang untuk anak saudaranya (kira sepupu akulah). Budak ni baru habis master belum dapat kerja tetap lagi tapi dah nak kahwin.

Korang nak tahu berapa hantaran dia? RM15,000 tu. Tak mintak kurang pun. Memang hebatlah sepupu aku ni, banyak juga duit dia walaupun baru habis belajar. Nenek aku tanya pada ayah aku, nanti giliran aku berapa ayah aku nak minta. Then ayah aku dengan bangga cakap RM20,000. Fulamak, nak terbeliak mata aku.

Demand juga ayah aku ni. Aku ni calon pun takde dah memandai letak harga. Huhh..Semua dah bertanya bila giliran aku. Kelu lidah untuk menjawapnya. Aku dah habaq kat member aku kalau ada 'barang baik' tolonglah ejas untuk aku..hehehe.. Tunggu jela, bukan tak usaha. Banyak dah berusaha tapi takde yang melekat.:-(

4 comments:

Ira said...

wow!!! belas ribu x glamer lg.. ayah zuriey da letak 20k. Ketaq lutut mamat2 yg nk mencuba nasib. hehe.. apa2 pn,kalau dah tiba jodoh tu, segalanya dipermudahkan. semoga zuriey bertemu jodoh tahun ni :)

Bro Framestone said...

awat entry gmbr cam sama cam entry bro

http://www.broframestone.com/2011/02/hantaran-20k-tiada-alasan-untuk-makan-luar/

White Bird said...

sy kawin tk letak harga pun.. tapi syukur dapat mmg tak jangka. lebih sikit kot dari 20k =)

Dalam islam lagi sikit lagi elok kan..

p/s kalu bf awk baca mahu dia dah start kumpul duit ni =)

- zuriey - said...

Ira :amin..moga masin mulut ibu mengandung
Bro Framestone : yeker..gambar ciluk google je bro
White Bird: banyaknya..rezki masing2

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.