RSS

Sunday, January 30, 2011

Tarian Naga secara langsung



Lama juga aku tak berjalan kat Mid Valley. Semalam roomate aku ajak pergi sana sebab dia nak buat treatment kat London Weight Management. Aku taklah buat rawatan tu. Sementara tunggu dia siap treatment aku pergilah merayau seorang diri dalam Mid Valley. Pergh memang besar dan ramai orang buat aku sesat tak tahu kemana hala tuju.

Kebetulan ada persembahan tarian naga masa aku keseorangan. Apa lagi tak lepaskan peluang. First time aku tengok secara live dan dekat. Bunyi gendang yang kuat sekali kala buat aku terkejut. Walaupun tak lama persembahan tu tapi memang buat aku teruja.



Bila naga datang dekat kat aku rasa cuak pun ada. Rasa macam naga yang real padahal orang je kat dalam tu.




Aksi yang menarik dari naga. Bukan senang nak buat tarian naga ni, silap langkah boleh bawa padah tu.



Sempena Tahun Baru Cina, memang dekorasi dalam Mid Valley pun mengikut perayaan tersebut. Banyak sebenarnya permandangan yang menarik tapi malang betul bateri kamera aku buat hal pula. Time tu lah dia buat hal, nasib baik dapat juga tangkap beberapa keping gambar.


Dapat juga tangkap sekeping gambar aku. Frust betul. Baru nak posing habis-habisan. Takpelah nanti member aku ada buat lagi rawatan susulan boleh aku cas awal-awal bateri. Boleh angkat gambar puas-puas lepas ni. Siapa yang berminat nak tengok tarian naga ni, boleh datang ke Mid Valley. Akan diadakan setiap hari sehingga raya Cina(kalau tak silap).



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

azzey said...

dh lama x ke mid-valley...

- zuriey - said...

azzey: pergilah..cantik tau

~PakKaramu~ said...

Dah follow you now you lak follow I

~PakKaramu~ said...

Dah follow, you plak follow

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.