RSS

Tuesday, January 11, 2011

Review Movie: Faster


Semalam aku pergi tengok Special Screening untuk filem Faster. Tiket free aku dapat dari Mangga Ads, itupun hasil titik peluh anakPerak yang dapat tiket tu. Aku tumpang sekaki je, thanks anakPerak bagi aku tiket free ni. Bertemankan roomate aku, kami pergilah ke KLCC untuk menonton filem ni yang start pada pukul 9 malam.

Sinopsis filem Faster

Filem yang mengisahkan seorang bekas banduan(Driver) yang baru keluar dari penjara membalas dendam di atas kematian abangnya. Driver pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam satu rompakan bank bersama abangnya dan 2 orang rakan yang lain. Tapi mereka terlepas ketika dikejar semasa rompakan. Seseorang telah membelot dan memberitahu tempat persembunyian kepada geng yang lain.


Driver yang sangat cekap bermain pistol dan cekap memandu.

Ketika mereka diserbu oleh geng tersebut, seorang demi seorang rakan Driver telah dibunuh. Abang Driver juga telah dibunuh dengan kejam dihadapannya. Driver juga telah ditembak tetapi dia terselamat dan mendapat rawatan di hospital.


Aksi tembak menembak antara Driver dan Killer.

Keluar sahaja Driver dari penajara seorang demi seorang mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut telah dicari dan dibunuh. Dalam masa yang sama, seorang pembunuh upahan(Killer) telah diupah oleh pembelot untuk membunuh Driver. Polis(Cops) juga mencari Driver kerana telah membunuh ramai orang.


Polis yang terlibat dalam kes Driver

Yang bestnya dalam cerita ni, siapakah sebenar pembelot tersebut? Dapatkah Killer dan Cops membunuh/menangkap Driver. Siapa yang lebih Faster, dan siapa yang akan terselamat? Nak tahu jawapannya kenalah pergi tengok kat wayang. Sesuatu yang tak dijangka di penghujungnya. Suspen..jeng.jeng..jeng.

Keseluruhan filem ni aku bagi 3.5/5 bintang. Jalan cerita boleh tahan tapi kadang-kadang kena fikir maksud di sebaliknya. Tapi tak rugi korang pergi tengok kat wayang. Nantikan Faster di pawagam berhampiran 15 Januari ini.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

azzey said...

zuriey: saya plak sker tgk citer seram..

- zuriey - said...

azzey: yeker..saya suka citer action

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.