RSS

Saturday, January 8, 2011

Kasut putus di tengah jalan


Dah memang tertulis agaknya aku akan menghadapi masalah ni. Pulang dari kerja semalam, nasib baik aku dah sampai di stesen yang hendak dituju tetiba kasut aku putus. Memang blur sangat masa tue. Yela aku nak balik macam mana. Kat situ takde pula di jualnya selipar. Aku duduk sebentar di bus stop dan berfikir.

Mula-mula rasa nak naik je bas, sebab bas ada depan mata tapi karang sampai kat rumah aku kena lintas jalan lagi. Tak boleh2x. So, aku terfikirkan seorang housemate aku ni. Namanya biar di rahsiakan. Dia ada 2 nombor tapi aku sms nombor yang salah. Then aku call no satu lagi.

Aku: Mrs X, ada kat mana? Dah sampai rumah ker?
Mrs X: Baru je sampai ni. Kenapa?
Aku: Nak minta tolong boleh? Kasut aku putus ni. Boleh tak datang sini hantarkan selipar (rumah aku dengan LRT taklah jauh tapi kalau nak seret kasut tu balik rumah memang berjam la juga)
Mrs X: Sorrylah Mrs X baru sampai ni. Mrs X nak keluar lepas ni. Abang dah tunggu.
Aku: Ok.Takpelah (terus meletakkan telefon)

Kalau korang, korang geram tak dengan jawapan yang diberi. Dah memang taknak tolong macam-macam alasan. Aku memang agak kecil hati sebab sehari sebelum tue aku tolong dia hantarkan dia ke klinik. Aku fikir mungkin dia akan tolong aku pula.



Nak buat macam mana, dah orang taknak tolong. Aku kena fikir optionn lain. Cek duit dulu, ok duit cukup untuk naik teksi. Nak ke teksi pun bukan main payah dengan kasut yang putus tu. Nasib baik ada teksi datang kat tempat tunggu bas. Alhamdulillah. Jalan jem pula kena sampai RM4.60. Kalau tak jem adalah dalam RM3 lebih je.

Sampai rumah je, Mrs X baru habis mandi. Dia tanya "camne ok ker? Balik jalan kaki ke?"
Aku dengan perasaan agak marah dan geram menjawap, "Nak jalan kaki macam mana, kasut dah putus, kenalah naik teksi". Dalam hati berkata kalau boleh jalan kaki takdelah aku minta bantuan ko Mrs X.

Yang paling geram abang dia tu tak sampai lagi pun kat rumah. Lepas tu dia sibuk minta maaf dengan aku kata baru balik tak dapat tolong. Ceh..Sebab ko da balik lah aku minta tolong, kalau tak balik kerja lagi macam mana nak tolongkan.

Memang satu malam semalam aku geram dengan dia. Nampak dah perangai sebenar dia. Manusia oh manusia. Baru aku tahu mana kaca dan mana permata..



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

hans said...

hohoho
ku pernah mengalami benda yang sama
kadang2 kita dah tolong tapi diorang xnak tolong kita
memang kita tak mengungkit tapi apalah salah tolong balik kita bila kita kesusahan
sabar jer lah
memang ramai orang macam tu

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

si para para said...

biasa la tu.
ada kawan masa senang.
ada kawan masa susah.

nk tahu sng je..time susah mintak tolong.kalau macam macam alasan bagi.
tahu la yang mana jenis kwn tu..

NICK IRFAN said...

ni kwn msa senang ramai kwn msa susah xde kita sorg2 jer

kak ina kl (1) said...

kawan masa senang ramai..masa susah memang payah nak cari kawan sejati

- zuriey - said...

hans: betul..sabar je ni
si para para: betul kawan masa susah memang susah nak cari
NICK IRFAN: mana eh nak cari kawan masa susah
kak ina kl (1): kawan sejati memang susah nak cari.kawan makan kawan ramailah..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.