RSS

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof meninggal akibat serangan jantung.


Memang berita yang mengejutkan. Aku pun baru tahu pasal ni melalui facebook status member aku. Siapa sangka arwah yang nampak sihat luarannya sudah menghembuskan nafas terakhir awal tahun ini. Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Faizal pernah mendirikan rumah tangga bersama Nana disahkan mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Takziah buat keluarga allahyarham.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

armouris said...

takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

- zuriey - said...

armouris: al-fatihah

akubiomed said...

Kejutan 1.1.11 arwah pergi pada usia muda. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

- zuriey - said...

akubiomed:amin..mudah2an..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.