RSS

Monday, January 3, 2011

Betul ke Aznil Pengacara AF9 nanti?


Rancangan realiti no 1 di Malaysia, Akademi Fantasia musim ke 9 bakal dipertontonkan. Jangan risau belum lagi ujibakat. Dah nak habis Raja Lawak 5 nanti,baru akan ada audition AF9. Lama lagi, Raja Lawak pun baru je nak start. Ada masa lagi korang nak asah bakat yang ada.

Seperti biasa, pengacara AF setiap musim akan menjadi topik hangat. Agak-agak siapa ye pengacara musim kesembilan nanti. Dengar-dengar macam Pak Nil. Ceh memandai je aku. Selepas Pak Nil menjadi pengacara selama 5 musim, AC Mizal jadi hos dua tahun dan Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim ambil alih pentas pada tahun lepas.


Sekali Haziq yang jadi pengacara. Who knows kan?

Sejujurnya memang tiada siapa boleh tandingi Pak Nil mengendalikan Akademi Fantasia ni. Aura dia lain macam sikit. So, korang rasa adakah Pak Nil akan kembali semula mengacara AF? Aku lagi suka Pak Nil jadi pengacara berbanding pengkritik.

So, nak tahu jawapannya kena tunggu Astro buat sidang media nanti. Rasa tak sabar pula nak tahu..Jeng..jeng..jeng


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

kak ina kl (1) said...

kalau aznil jadi pengacara AF9 barulah akak layan..

- zuriey - said...

kak ina kl (1): paknil juga yang best

akubiomed said...

Nak cari penganti bukan senang rasanya Pak Nil calon yang sesuai untuk menganti kekosongan sekarang ini

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.