RSS

Wednesday, December 8, 2010

Telefilem khas sempena Maal Hijrah: Tempatkan Dia Di Syurga TV3


Sedih aku tengok cerita ni semalam, memang menyayat hati. Perngorbanan seorang ibu yang tiada tandingnya. Jahat mana anak pun, ibu tetap membantu. Gandingan hebat semua pelakon memang menghidupkan cerita. Yang paling aku sedih bila si menantu bawa isterunya pulang kampung dan ingin menceraikannya di depan mak mertua kerana sering sangat meminta untuk pulang ziarah ibu. Si ibu merayu-rayu supaya menantu tidak melepaskan talak kepada anaknya. Masa tu aku rasa nak cekik-cekik je lelaki tue, selfish betul nak lawat mak pun tak bagi.

Sinopsis "TEMPATKAN DIA DI SYURGA"

Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka.

Asmah(mak engku) hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul(zamarul hisyam), yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan.

Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli(ady putra), Badrul(joey) dan Sakinah(lisdawati). Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya diceraikan oleh Shukri kerana dianggap ingkar.



Ramli yang sudah berkahwin menanggung hutang yang banyak dengan Ahlong manakala Badrul yang sering menukar kerja pula memecah rumah orang. Badrul di tangkap polis tapi tiada siapa yang membantu kecuali ibunya. Ibunya bertungkus lumus untuk membebaskan anaknya walaupun anaknya sering menyakitinya.

Kesudahan cerita ni amat sedih dan pilu apabila Amirul mati kerana ditolak oleh Ramli ketika ingin mengambil surat pajak gadai tanah dari ibunya. Ramli pula kemalangan semasa keluar dari rumahnya. Sakinah yang terikat dengan janjinya dengan suami tidak dapat melihat jenazah abangnya buat kali terakhir.Akhirnya, ketika Sakinah,suami dan Badrul ingin menziarah kubur abangnya, mereka terpaksa menerima pemergian ibunya juga kerana telah meninggal di pusara abangnya.

Pelakon : Mak Engku, Zamarul Hisyam, Ady Putra, Lisdawati, Joey Daud dan ramai lagi.

Rasa nak menitis ari mata tengok cerita ni. Lakonan Zamarul Hisyam sebagai seorang yang cacat memang menjadi. Keseluruhan cerita ni memang patut dijadikan teladan. Jangan pandang rendah pada mereka yang cacat,kadang kala mereka lebih baik dari yang sempurna.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

azzey said...

mmg sedih citer ni. ada mesej!

- zuriey - said...

azzey: sedihkan..sapalah pengarah dia

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.