RSS

Wednesday, December 8, 2010

Sempena maal hijrah ni, ubahlah sikap

Cuti tempoh hari aku pergi servis kereta di Melaka. Nak tahu kereta apa? Kereta proton je. Tak mampu lagi nak pakai BMW..hahahah. Entry kali ni bolehlah dikatakan entry lepas geram kepada salesgirl Melayu yang agak berlagak.Ish..bila nak berubah ni. Aku nampaklah pattern perangai macam ni di beberapa tempat lain.

Tahulah aku ni comel and kecil je orangnya tapi jangan lah sampai pandang orang takde mata. Kisahnya begini, sementara nak tunggu kereta aku siap di servis aku sahaja pergi ke showroom. Hajatnya nak tengoklah model terbaru Proton, Inspirayang rupa macam Lancer tue.

Belum masuk lagi salesgirl kat dalam dah pandang semacam. Napa pelik sangat ke muka aku ni. Aku buat bodoh la masuk ke dalam. Yang paling hangin dia ingat aku ni budak sekolah lepas tue gaya belagak macam tak bagi aku tengok je kereta tu. Ada aku kisah, ingat aku heran sangat ke.

Nak cover belagak tue kata lah aku ni baby face cam budak sekolah menengah. Aku pun cakaplah "abis tak boleh tengok ke". Kalau ye pun aku budak sekolah, takkan tak dibenarkan tengok. Bukan aku nak suruh dilayan pun. Siap tanya aku servis kali ke berapa. Dah lama ok aku beli kereta tu. Ingat aku tak mampu ke nak tukar kereta? Ceh ayat berlagak aku pula.


Bawa kereta bakal suami aku ni baru terbeliak mata..

Mentang-mentang aku kecil and pakai pun tak seberapa, bukan main lagak lagi dia. Ni lah orang Melayu kita. Beza betul dengan salesgirl Cina. Aku pernah juga pergi showroom Toyota, tapi layanan dia memang class. Even aku tak mampu pun nak beli. Kepada salesgirl Melayu di luar sana, ubahlah perangai. Layan customer elok-elok tak kira lah macam mana pun pakaian atau fizikal dia. Korang tak tahu luar je nampak serabai, tapi yang serabai tu yang banyak duit tau.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

azzey said...

zuriey: betul tu. sama2 kita ubah sikap utk kebaikan bersama kannnn...

- zuriey - said...

azzey: ye betul

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.