RSS

Friday, December 10, 2010

[Semanis Madu] -Relaku Pujuk


Idea ni datang semalam bila tengok Semanis Kurma. Rasanya elok juga buat satu segmen pasal hal rumah tangga ni kan. Sama-sama kita kongsi apa yang perlu. So that, segmen tazkirah aku sebelum ni akan bertukar menjadi segmen Semanis Madu. Kenapa Semanis Madu? Sebabnya tajuk entry ni adalah berdasarkan rancangan Semanis Kurma. Aku cuba sampaikan apa yang aku dapat dari tontonan tersebut dan terjemahkan mengikut penyampaian aku sendiri.

Berbalik kepada tajuk, ini berkisar tentang kisah pujuk memujuk antara suami isteri. Nampak macam hal yang remeh tetapi tajuk ni mempunyai pengaruh yang besar ye dalam rumah tangga.

Pertama sekali, soalannya siapa yang harus memulakan dulu pujuk memujuk ini adakah suami atau isteri?
Jawapan yang ringkas dari Datuk Siti Bahiyah, siapa yang nak pahala lebih dia lah yang mulakan dulu. Disini sebenarnya perlu ada toleransi dan sikap mengalah antara suami dan isteri. Si suami jangan terlalu ego dan menggunakan kuasa veto sebagai ketua rumah tangga dengan tidak mengendahkan isteri. Sekali sekala apa salahnya rendahkan ego pujuk si isteri.

Banyak sebenarnya cara-cara untuk memujuk pasangan. Antara caranya:

1. Melalui sentuhan
Paling mudah urut sahaja di bahagian belakang tengkuk seperti kita membelai kucing. Bila diusapkan belakang kucing akan menjadi jinak. Banyak lagi cara sentuhan lain, rasanya pasangan di luar sana lebih arif.

2. Melalui kata-kata
Ucapkan sahaja perkataan 'Maaf', habis cerita. Kalau rasa terlalu tinggi sangat ego dan tak boleh nak ucapkan perkataan tue, gunakan kreativiti korang. Sebagai contoh buat lawak jenaka atau pun puji pasangan di hadapan anak-anak. Kalau suara sedap nyanyi lah untuk pasangan.


Buat lawak dengan memek muka macam ni pun ok gak..

3. Melalui perbuatan
Kalau rasa tak sanggup berdepan minta maaf, pujuklah dengan cara menghantar bunga atau kad ucapan. Paling senang taip je sms dan hantar ke pasangan.

Kesimpulannya: Dalam rumahtangga memang akan ada pancaroba, jadi pujuk memujuk ni adalah satu cara yang amat penting. Jangan malu untuk memujuk pasangan korang. Kalau bergaduh tu jangan dibiarkan berlarutan, pujuklah pasangan dengan segera. Mengalah tak semestinya kita yang bersalah.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

nazihahisa said...

suke tgk semanis kurma. sweet. btw cara pujuk ni valid utk husband n wife je. kang ade lak couple dok tiru :p

- zuriey - said...

nazihahisa: a'ah..tuela ni tuk pasangan suami isteri je ye

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.