RSS

Friday, December 24, 2010

[Semanis Madu] - Pasangan materialistik


Bagus juga tajuk kali ni tentang pasangan materialistik. Adakah korang seorang materialistik? Tepuk dada tanya selera. Yang belum berkahwin adakah ciri pasangan korang seorang yang kaya? Kalau ye, sah korang memang materialistik.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Sudah terang lagi bersuluh, jika kita memilih pasangan yang beragama nescaya kita akan dapat yang lain juga. Selagi kita bersyukur dengan nikmat dan rezki Allah, insyaallah Allah menambah rezeki kita tapi sebaliknya jika kita kufur.

Hidup ni biar seimbang duniawi dan ukhrawi. Apa guna kalau harta banyak tapi tanggungjawap sebagai Islam tidak dijalankan. Apa guna harta yang banyak tapi anak dan isteri terabai.

Bagi yang sudah berumahtangga kalau si suami hendak memanjakan si isteri dengan memberi barang kemas atau sebagainya, tapi biar berpada. Ikut kemampuan masing-masing. Jangan sampai berhutang semata-mata ingin mengikut kehendak isteri. Kena tahu membezakan antara kehendak dan keperluan.

Antara ciri-ciri mereka yang materialistik:
1. Tamak
2. Alpa akan tanggungjawap sebagai umat Islam
3. Tidak kira rezeki halal ataupun haram
4. Tidak bersyukur dengan apa yang ada

Sekadar renungan:

"Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta-benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati). (HR. Abu Ya’la)"

"Sesungguhnya rezeki mencari seorang hamba sebagaimana ajal mencarinya. (HR. Ath-Thabrani)"



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

9 comments:

darkbatman said...

dunia skg xde yg x materiailstik.cm kene pandai jgn sampai menysahkan diri n org lain.

cik helena said...

tapi kite agak materialistik juga T__T hahaaa

wanmus said...

bersyukur je dgn apa yg ada :)

Matjoe said...

dunia sekarang, semua meterialistik. ntah la, nak wat camner, nak kawen pun kene ada 30k, materialistik la tu.

btw nak ajak zuriey joint my contest, tahu your blog dari senarai yg joint contest eyriqazz:
CONTEST AZAM 2011
eyriqazz pun turut sponsor contest ni.

thanks

sw33tdarling said...

dunia sekarang mmg kena ada sikit materialistik
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

En iLham said...

semoga kita semua dijauhkan dari sifat materialistik seperti ini.

Fitrihadi said...

actually wanita bukan materialistik cuma dia nak jaminan hidup yang terbaik untuk dia.. bukankah tugas lelaki dalam islam adalah menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang secukupnya untuk isterinya.. tak salah kan.. cuma perempuan kenalah bersyukur dengan apa yang ada.. jgn nak mintak something di luar kemampuan suami... kan? erkk terpanjang le plak.. sorry lah maybe sbb ada kaitan dgn saya heehee

mie said...

uihh!!!
gue de sikit materialistik tu..
heheheee

g@Ry DaNi@L said...

haha bahaya tu... btw, bukan nama rancangan tu semanis kurma ke? :P

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.