RSS

Thursday, December 16, 2010

Saga FL baru



Baru dipasaran Saga FL yang di inovasikan dari Saga BLM. Ada sedikit perubahan dari reka bentuknya, nampak lebih bergaya dan eksklusif.Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan ini.



Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.

Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty.



Perbezaan harga Saga lama dan Saga FL. Ada sedikit kenaikan harga untuk Saga FL



































 SagaPerbezaanSaga Facelift
1.3 Standard M/TRM36,998RM1,000RM37,998
1.3 Standard A/TRM39,998RM1,000RM40,998
1.3 Executive M/TRM39,498RM1,200RM40,698
1.3 Executive A/TRM41,998RM1,300RM43,298


Apa pendapat korang mengenai Saga FL ni. Bagi aku adalah peningkatan dalam kereta Proton ni. Cantik juga lah Saga FL ini.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Fitrihadi said...

ermm lagi minat persona atau gen 2.. bentuk saga ni agak bersegi skit ar.. kureng minat.. heehee

- zuriey - said...

Fitrihadi:oo..masing2 ada pendapat masing2..tq kongsikan

fazilah said...

cantik jugak...antara saga fl ni dgn saga se mane lg ok ek???

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.