RSS

Friday, December 31, 2010

Review Rentetan Perjalanan Hidup 2010


Hari ini last day untuk tahun 2010. Memang banyak yang telah dilalui sepanjang tahun ini, yang manis dan juga yang pahit,yang suka dan yang duka. Nak taknak hidup kita pasti akan diduga olehNya, nak tengok samada sejauh mana kita menghadapinya. Itulah yang mewarnai kehidupan kita. So, aku nak kongsi perjalanan hidup aku pada tahun 2010.

Dugaan
Awal tahun lagi aku telah menerima dugaan besar dariNya. Selepas kehilangan laptop, beg aku pula dibawa lari. Aku memang trauma sejak kejadian tersebut. Mula rasa takut nak keluar rumah dan tak percayai dengan sesiapa.



Percintaan
Dapat juga aku merasa disayangi dan menyayangi. Tapi hanya seketika. Percintaan kami putus ditengah jalan kerana tiada persefahaman. Aku pun tak sanggup lagi bertahan dengan sikapnya yang panas baran. Selepas berpisah, aku malas nak berfikir pasal couple lagi walaupun kadang-kadang terasa sunyi dan jeles melihat pasangan lain.

Perkahwinan
Aku belum berkahwin lagi tapi memang banyak undangan dari kawan-kawan aku. Kalau boleh memang nak hadiri semua undangan tapi aku pun ada komitmen lain. Yang sempat sahaja aku pergi. Anyway tahniah kepada semua kawan aku yang sudah mendirikan rumah tangga. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Kerjaya
Alhamdullilah, aku dapat kerja yang lebih stabil dan lebih terjamin dari dulu. Tahun ni juga aku start menjadi seorang blogger. Dapat juga kerja part time dan pendapatan sampingan. Seronok dapat join event Nuffnang dan berkenalan dengan blogger lain.

Keluarga
Kadang-kadang keluarga aku juga menghadapi masalah. Masalah apa? Yang itu biarlah rahsia. Tapi harapnya masalah tersebut tidak akan datang membelenggu lagi.

Kesimpulannya memang tahun 2010 aku dilanda pelbagai dugaan. Tapi lebih banyak yang duka aku ingat berbanding yang suka. So, harapnya tahun 2011 lebih banyak bawa rezki dan kenangan manis buat aku. Mudah-mudahan ..amin


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

Ajeyy Khalid said...

Waaaa , best !
Nanti follow Blog saya ek :)

darkbatman said...

kamu sgt kuat hidup tanpa org tsyg.. klau aie xtau la.. hehe.hopefully, 2011 akn bg life yg lebih baik utk zuriey..

- zuriey - said...

Ajeyy Khalid: tq
darkbatman: thanks aie

akubiomed said...

Bersabar apa ang telah berlaku bina kekuatan semula. Moga apa yang direncanakan membuahkan hasil

sw33tdarling said...

sekurang2nya soal percintaan tu, kamu dah berjaya keluar dari kepompong keganasan... yaa, orang yang panas baran ni adakah ganas tauuu!
SELAMAT TAHUN BARU

- zuriey - said...

akubiomed: thanks..mudah2 an
sw33tdarling: alhamdulillah..ada hikmah nya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.