RSS

Tuesday, December 28, 2010

[Review Digi iPhone4]: Touch Screen Keyboard


Sedia maklum yang iPhone4 memang menggunakan fungsi skrin sentuh termasuk keyboardnya juga. First time guna memang agak janggal. Huruf di keyboard agak kecil, bagi mereka yang mempunyai jari yang besar agak sukar untuk menekannya. Tapi ada juga beberapa keistimewaan keyboard ni, buat aku rasa teruja juga.


1. Jangan tak percaya, dengan meleret jari di atas screen perkataan yang korang taip boleh di copy semula. Tak payah susah-susah nak tulis perkataan yang sama berulang kali.


2. Huruf akan menjadi besar ketika ditekan.


3. Yang ini best juga. Bila kita menggunakan applikasi Safari untuk serve internet, kita tak payah susah-susah menaip .com di belakangnya. Memang sudah siap di keyboard. Pilih sahaja nak .com ke .net ke.org ke atau .edu.


4. Kalau tersilap taip dan nak edit semula hanya perlu tekan lama di perkataan tersebut sehingga keluar kanta pembesar ini. Kemudian cursor akan keluar ditempat yang nak diedit.


5. Masa nak set kalendar dan jam, memang sangat teruja tengok roda masa ni. Hanya pelu menarik atau menolah setiap bahagian tersebut. Canggih betul.

Oklah banyak lagi sebenarnya kecanggihan keyboard iPhone4 ni, tapi ini sahaja yang sempat aku explore dan dapat buat. Lepas ni aku nak kongsi tentang home screen dan multitasking. Jangan miss baca nanti tau, memang best 2 benda ni.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

tenangsudey said...

nice info

NICK IRFAN said...

anda dpat award sila ambik di http://nickirfan.blogspot.com/2010/12/aku-jutawan-award-thanzk-atikadya.html

- zuriey - said...

tenangsudey: thanks
NICK IRFAN: yeker..tq

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.