RSS

Wednesday, December 29, 2010

[Review Digi iPhone4]: Home Screen and Multitasking

Kali ni nak cerita pasal home screen iPhone4 di mana kita boleh atur sendiri menu yang ada. Masa awal-awal tak tahu yang menu tue boleh di atur. Abang aku lah yang godeh2 iPhone tue. Dia yang ajar. Aku ada rakam video nak tunjukan kat korang, icon kat menu tue bergetar-getar masa nak diubah. Tapi sayang 2,3 kali aku try upload tak boleh..Nanti aku try lagi..

Cara nak ubah posisi icon di home screen, korang hanya perlu tekan lama di icon tersebut sehingga icon bergetar. Then susunlah ikut cara yang disukai. Dah puas hati dengan susunan tekan buton home ditengah-tengah.



Cuba tengok gambar iPhone4 di atas, nampak tak titik-titik putih tue? Itu adalah bilangan helaian screen kita. Kita boleh install applikasi up to 11 Home screens.

Lagi satu yang special tentang iPhone4, kita boleh buat multitasking. Kira sambil menyelam minum air. Korang boleh dengar lagu walaupun tengah taip sms. Korang juga boleh teruskan carian di gps walaupun dalam masa yang sama korang nak ambil gambar. Aku dah try masa buka youtube aku try ambil gambar, then pergi ke youtube balik still ada apa yang dibuka sebelum tu.


Inilah buktinya, hanya perlu double klik di button home then akan keluar applikasi yang korang belum tutup lagi. Senangkan, tak payah nak melilau cari icon kat home screen.

Ok. Cukup pasal ini, lepas ni nak tunjuk gambar-gambar yang aku ambil guna iPhone4. Korang tengoklah nanti cantik ke tak..hehe


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.